e-Learning – Matematik (Bentuk 2D) & Sains (Bahagian Tumbuhan)

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Matematik (Bentuk 2D) & Sains (Bahagian Tumbuhan) yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di NaDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.

E-Learning pada kali ini adalah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Matematik dan Sains. Untuk sesi yang pertama iaitu Matematik, para peserta telah didedahkan dengan apa yang dimaksudkan dengan objek 2-Dimensi (2D) berserta ciri-cirinya. Para peserta telah diberikan beberapa contoh objek 2D seperti segi tiga sama sisi, bulatan, lelayang dan sebagainya. Di penghujung sesi, para peserta dikehendaki menjawab kuiz berkaitan dengan bentuk 2D.

Untuk sesi E-Learning yang kedua iaitu subjek Sains, para peserta telah didedahkan dengan bahagian-bahagian tumbuhan. Tumbuhan mempunyai bahagian yang berbeza seperti daun, bunga, batang dan akar dan setiap bahagian tumbuhan tersebut mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Para peserta dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan kuiz sebelum kelas tamat.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NaDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NaDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali